Ueno with Kids : Ueno National Museum of Nature and Science and Ueno Park
There are many things to do with little kids at Ueno, Tokyo. In this post, I’ll briefly share about Ueno National Museum of Nature and Science.
Ueno National Museum of Nature and Science
- Buka : 9 am – 5 pm
- Hari Tutup : Isnin (hari lain buka)
- Akses : Dari JR Ueno station, ambil Park exit, akan nampak signboard Ueno Park. 5 minit jalan kaki dari station
- Fee : Dewasa 630 Yen, Kanak-kanak percuma
This post is about our travels to Japan with kids. Travel posts are written in my home language, Malay, sprinkled with English. You can set the page to translate to English.
23 November 2023: Ueno Science & Nature Museum
Oleh kerana rumah dekat je dengan Ueno Park, kitorang jalan kaki je lah pi sini. Ada lah dalam 10 minit ke jalan kaki.
Hari ini kitorang pi Ueno Science and Nature Museum. Nak tengok tingkat yang ada tulang-tulang dinosaur sebab Uthman suka dinosaur.
Sekali bila sampai dia meragam.
Lah rupa-rupanya dia suka dinosaur, tapi bukan tulang dinosaur
Takpe lah, anak-anak lain sangat-sangat suka. Museum ni memang kalau pi Tokyo mesti kena pergi sini.
Sangat-sangat interaktif (bahasa Jepun lah) dan sangat-sangat menarik.
Ambil angin di luar
Kat luar ada tempat boleh buka bekal dan makan.
Sambil makan, sambil anak-anak boleh berlari main kejar-kejar. Ramai lah family duduk sini.
Yang kagumnya, walaupun ramai budak dan keluarga lepak sini, tempat ni sangat bersih, satu plastik pun tak nampak. Sampah takde langsung.
Bayangkan budak-budak lepak sini.
Maka kitorang pun masa makan tu memang kalau nasi tertumpah sikit, mak terus minta budak-budak ni kutip cepat.
Jangan buat kotor tempat orang. Diorang budak-budak pun pandai jaga kebersihan.
Oh makan tengahari.
Kitorang makan tengahari kat kedai Turki jual kebab.
Ada banyak kedai makan halal dekat Ueno. Tapi yang larat sampai adalah kebab Turki tu.
Stroll Ueno Park
Lepas dari tu, kitorang stroll at the Ueno Park.
Selama ni takleh nak stroll sebab penginapan jauh.
Kali ni, duduk pun dekat je, kalau nak jalan-jalan taman ni sampai malam pun boleh